Seperti anjing
jalanan yang
bermaharajalela di
lorongnya sepanjang
malam dan akhirnya

sunyinya di
penghujung malam,
keseorangan, begitu
kita yang melalui
setiap hari dengan
harapan, mengulangi
rutin harian,
bersembunyi
di balik keangkuhan
dan kepura-puraan
masing-masing dan
akhirnya pada
penghujung hari
pulang ke pangkuan
kesedihan hidup
masing-masing,
keseorangan,
kesunyian.
9 comments:
kolaborasi yang sempurna :)
hey cik iput, thanks (:
kutinggalkan halamannya. masih pesam-pesam kuku kita. walau tiada kerenah & keraguan. namun ada panas meresap rasa
Kita adalah hati-hati yang suka mereka;
Setiap rekaan datang dari kita dan mereka masih mereka sunyi.
kita suka berlari.
dari diri sendiri.
Aku tak mahir berkata-kata.
Tapi aku NAK gambar anjing ni. (Tak lupa juga gambar si-gregor samsa).
Nanti ok.
chec.
baik, sila nyatakan size! ;)
puitis sangat. benar kata kamu kita adalah hati-hati yang sunyi, setiap seorang dari kita dengan kesunyian masing-masing.. saya setuju 100%
hampir sama seperti seorang guru yang akhirnya pulang ke melaka (azim kau tahu kita adalah guru) Kepada guru-guru yang lain ini sememangnya bukan kamu. :) <-- aku senyum
Post a Comment