Monday, November 3, 2008

Soalan yang paling sukar dijawab dengan jujur ialah, 'Seterusnya apa?'


Graviti berhenti
jangan tarik lagi
berhenti temukan aku
dengan titik terendahku
pada lokus kewujudan
manusia penasaran
di setiap persimpangan
kota ini jadi saksi
manusia berpacaran
seperti tiada mati
sentiasa kesunyian
sentiasa kehilangan
seperti kupu-kupu mencari lampu
seperti bulan di lewat malam
seperti lampu neon
pada empat pagi
seperti dandelion
hanyut sendiri
mencari-cari
mengharap dicari
mengukir usia pada
keras dunia
pada sibuk trafik
konkrit granit
jiwa defisit
hati menjerit
seperti perajurit
cedera di tanah asing
lelah dengan bising
perang yang dia
sendiri lupa
untuk siapa
sampai bila
dan arah mana
patut berpaling.

10 comments:

Diktator Hatiku said...
This comment has been removed by the author.
Floyd said...

we fade. that is what's next.

diktator hatiku said...

berpaling ke arah hadapan..dan di depan itu adalah yang perlu didhadapi

Syazsy said...

we'll eventually die no matter wht happens.
but before we die.. at least enjoy yrself and make something worth happen fr ibu dan ayah.

moqblure said...

seterusnya apa?


diri...hanya diri.

megat said...

your blog very beautiful and more info ,make me excited. Congratulation!!.I come again

Suffian salim said...

menarik...hihi

the unknown said...

do u ever discuss ur writing seriously?

pisey said...

aah.

itan said...

oh no!!!!
kenapa berheni menulis??!!